Thursday, August 21, 2008

Salam perkenalan :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? semoga hari-hari anda sentiasa berseri dan bertambah maju. salam perkenalan dari kami Hailah Resources, your business solution partner.
ini adalah usaha pertama kami untuk berada di alam maya memandangkan ada permintaan untuk kami berbuat sedemikian. Saranan ini kami sambut dengan baik sekali dan melangkah satu tapak ke hadapan seiring dengan pengusaha-pengusaha lain yang mungkin telah lebih lama memulakan cara sebegini malah lebih terkehadapan lagi. Tidak mengapa, tidak ada istilah terlambat untuk membuat sesuatu perkara yang bagus kan.

InsyaAllah, kami akan paparkan di sini sampel produk dan perkhidmatan yg kami tawarkan supaya lebih mudah untuk anda membuat rujukan. Kami akan memperbaiki dari semasa ke semasa. oleh yang demikian, 'feedback' dari pelawat dan pelanggan sangatlah kami hargai.

Kami juga sedaya upaya akan membantu anda dengan pengetahuan dan tip-tip berguna yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami supaya anda boleh membuat pertimbangan yang baik sebelum membuat sebarang tempahan. Semoga pelanggan dapat membuat keputusan yang bijak sesuai dengan situasi, bajet dan perancangan pelanggan. Kami harap kami akan sentiasa dapat membantu pelanggan kami kerana itulah tagline syarikat kami ' your business solution partner'.


Kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk grafik dan percetakan seperti banner, bunting, backdrop, bisnes kad, kad kahwin, rubber stamp, invois, folder, paper bag, bookmark, letterhead, booklet dan yang berkaitan. Penghantaran produk terus ke pintu rumah / kedai anda. Bagi yang berada berhampiran dengan kedai kami, bolehlah berkunjung ke kedai kami di Sungai Besar Business Centre. kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Kita jumpa lagi dan Salam Maju Jaya.
Terima kasih atas sokongan anda.

- Hailah Resources -





No comments: